Followers

Industri Jualan Langsung Didik Bumiputera Mahir Berniaga.

Wednesday, October 27, 2010

SEJAK diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 70-an, jualan langsung telah mewujudkan satu bidang peluang perniagaan baru bagi segenap lapisan masyarakat sehingga menjadi satu industri besar yang turut menjana ekonomi negara.
   
Dalam keadaan ekonomi gawat sekalipun pada tahun 1998,jualan langsung telah menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM4 bilion, tahun 1999meningkat pada RM4.2 bilion, RM4.5 bilion tahun berikutnya dan RM4.8 bilion tahun 2001.
   

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mewujudkan Akta Jualan Lansung 1993 termasuk akta yang sedang digubal, Akta Anti Piramid semuanya bagi mengawal selia industri berkenaan daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Dari sudut positifnya, industri berkenaan telah memberi peluang kepada golongan Bumiputera meningkatkan taraf ekonomi. Mereka sudah pandai berniaga hasil pendidikan yang diterapkan dalam industri berkenaan.
   
Pendidikan dalam jualan langsung sebenarnya adalah sekolah perniagaan yang praktikal dan berkesan dalam melahirkan ramai usahawan berjaya sehingga bertaraf jutawan.

Masyarakat wajar mengambil peluang di sebalik kerancakan industri ini memandangkan perniagaan jualan lansung mempunyai banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional dan francais.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.