Followers

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

SOLAT SUNAT RAWATIB

Monday, July 18, 2011

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.


FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh2 rakaatMuakkatTiadaTiada
Zohor @ Jumaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar4 rakaat Tidak MuakkatTiadasembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib2 rakaatTidak Muakkat2 rakaatMuakkat
Isyak2 rakaattidak Muakkat2 rakaatMuakkat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


Read more...

Banyak keistimewaan solat Subuh berjemaah

Wednesday, June 22, 2011


WAKTU paling liat untuk bangun tidur ialah ketika hampir masuk waktu subuh. Jika pada masa itu hujan renyai dengan hembusan angin dingin pula, maka tambah malas hendak bangun dan semakin kuat tangan menarik selimut. 
Walaupun hakikatnya kita sudah terjaga, oleh kerana telinga didendangkan syaitan bahawa tidur lebih nikmat daripada bangun, maka ada antara kita terus berlengkar macam ular sawa di tempat tidur sehingga waktu subuh berlalu.

Read more...

Siksa orang yang meninggalkan sembahyang

Wednesday, May 25, 2011


1)        Siksaan Di Dunia
  1.       Allah taala mengurangkan berkat umurnya .Dengan makna selama hidupnya sentiasa ia merasa duka cita , malang dan seumpamanya.
  2.      Allah taala tidak mempermudahkan rezekinya di dunia .Dengan makna sentiasa merasa tak cukup dengan apa yang ada.

Read more...

SOLAT SUNAT DHUHA

Sunday, May 15, 2011

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ


Read more...

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.  

Read more...

Ibadah Sunat Pelengkap Ibadah Fardhu

Friday, April 1, 2011

IBADAT solat penentu keimanan seseorang dan sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan orang itu gugur keimanannya. Solat juga memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran.Menjaga solat supaya diterima oleh Allah penting dan bagi tujuan itu, solat yang sempurna serta tidak ada cacat kurangnya menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun, sebagai makhluk yang lemah, kita sentiasa terdedah dengan godaan syaitan.

Disebabkan itu, ada masanya solat kita tidak sebaik dan sempurna seperti diharapkan. Semuanya itu mencacatkan solat fardu yang dikerjakan dan sekali gus mengurangkan pahala. Namun, ada peluang untuk menampung kecacatan solat fardu dengan amalan solat sunat.

Read more...

Solat dari kajian Saintis

Tuesday, March 29, 2011

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yangdiwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohaniantetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mentalterutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.


]SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Read more...

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Friday, March 18, 2011

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


• Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
• Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
• Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Read more...

Solat Tahajjud

Wednesday, January 5, 2011


SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.


Read more...

33 Faktor Yang Membuahkan Kekhusyu’an Dalam Sholat

Saturday, December 18, 2010


PERTAMA : Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekhusyu’an dan apa yang menguatkannya:
1. Bersiap diri untuk menunaikan shalat,diantaranya dengan menjawab adzan dan berdoa setelah adzan dengan doa yang ada tuntunannya, selain itu berdoa antara saat adzan dan iqamah, berwudhu dengan baik, membaca basmalah sebelum berwudhu, berdzikir dan berdoa setelah wudhu, bersiwak, mengenakan pakaian yang bersih, bersegera menuju masjid dan berjalan dengan tenang lalu menunggu shalat, juga merapatkan dan menyusun barisan shaf.

Read more...

Solat dan Fesbok

Friday, November 12, 2010

       Solat dan Fesbok 01 

       Solat dan Fesbok 02
Fesbok, nama sinonim yang sudah menjadi fenomena kepada ramai penduduk dunia, tidak kira siapa sahaja lapis masyarakat yang ada, pekerja, pelajar mahupun pimpinan sesebuah negara. Ia menjadi media perhubungan, pengiklanan dan perkongsian terhadap pelbagai perkara yang berligar di dalam dunia ini.
Sedikit sebanyak ia memberikan kesan kepada umat Islam hinggakan ada sesetengah ulama dan ustaz bangkit untuk menyedarkan kaum muslimin terhadap penggunaan fesbok yang tidak syarie seperti;
  1. di gunakan untuk menyebarkan fitnah
  2. di gunakan untuk mendedahkan gambar2 yg sensitif yg juga boleh mendedahkan maruah saudara seIslam
  3. pembuangan masa
  4. dll

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.