Followers

Siksa orang yang meninggalkan sembahyang

Wednesday, May 25, 2011


1)        Siksaan Di Dunia
  1.       Allah taala mengurangkan berkat umurnya .Dengan makna selama hidupnya sentiasa ia merasa duka cita , malang dan seumpamanya.
  2.      Allah taala tidak mempermudahkan rezekinya di dunia .Dengan makna sentiasa merasa tak cukup dengan apa yang ada.
  3.       Allah taala menghilangkan tanda atau cahaya soleh di wajahnya . Wajahnya akan dilihat kusam dan dibenci orang .Bagi orang yang sembahyang walau ia berkulit gelap sekalipun ,masih dapat dilihat cahaya nur di wajahnya.
  4.        Ia tidak mempunyai tempat dalam Islam .Ia dikatakan orang Fasik , munafik .Setengah sahabat Rasullullah saw menghukumkan Kufur .
  5.         Allah taala tak terima doanya .Jangankan doa orang yang tak sembahyang ,sekiranya kita adalah orang yang sembahyang tetapi orang yang dibawah tanggungan kita tak sembahyang ,itupun doa kita tak dikabul oleh Allah taala.Ini yang selalu kita terlepas pandang terhadap anak-anak kita yang tak sembahyang .Nabi suruh kita menyuruh anak kita sembahyang ketika umurnya 7 tahun dan dirotan akan dia sekiranya ia masih tak sembahyang ketika ia berumur 10 tahun .Ada kita buat?
2)       Siksaan ketika menghadapi maut
  1.        Mati dalam keadaan sangat hina .nauzubillahiminzalik .
  2.       Mati dalam keadaan sangat lapar.Samada tiada makanan atau makan tapi tiada mencukupi walau diberi dengan banyaknya.
  3.         Mati dalam keaaan sangat dahaga walaupun diberi minum dengan banyaknya .Ketika inilah Syaitan akan datang menemuinya dengan menyamar bagai-bagai rupa dengan membawa segelas air dan menyeru kepada kekufuran .
3)       Siksaan ketika dalam kubur
  1.        Allah taala akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya sehingga Fatimah Azzahra rha ketika nak dibawa masuk kedalam kubur maka tanah itu pun berkata aku tidak mengenal siapa yang memasuki akan daku sekiranya ia golongan yang baik maka selamatlah ia dari azabku.Bayangkanlah itu anaknya Nabi kita . Kita?     
  2.        Allah taala akan menggelapkan kuburnya .Gelap-gelap ni suatu yang dibenci.Kalau sementara takpe tetapi sehingga hari kiamat .
  3.         Allah taala akan menyiksanya hingga hari kiamat .Tidak ada contoh siksa dunia bagi siksa dalam kubur kerana terlalu siksanya yang tiada terperi .
4)       Siksaan ketika bertemu Allah
  1.       Di hari kiamat ,ia akan dibelenggu oleh Malaikat .
  2.      Allah taala tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3.      Allah taala tidak akan mengampunkan dosa-dosanya sebaliknya ia akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang amat pedih .
Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang lima waktu
    
     Subuh  :    Sekali meninggalkannya ,dimasukkan ke neraka selama 30 tahun masa  akhirat .Adapun nisbah sehari akhirat ,seribu tahun di dunia jadi  jumlahnya 30 ribu tahun diazabkan dalam neraka.
    Dzuhur :    Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti membunuh 1 ribu orang umat Islam .
   Asar      :    Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti meruntuhkan Baitullah .
   Maghrib:   Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri .
  Isya`       :   Sekali meninggalkannya , Allah taala tidak redha dengannya tinggal di buminya dengan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya . 

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.