Fakta Percintaan
Monday, May 30, 2011
Storge (Kawan Karib)
Berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ketenangan dan cinta yang penuh dengan kasih sayang. Cinta itu timbul dan berkembang secara perlahan-lahan daripada perhubungan karib yang lama. Selalunya, pasangan Storge mempunyai minat dan keinginan yang sama.
Mereka gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka juga jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram. Sifat yang jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan. Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.
Agape (Pengorbanan)
Bermaksud altruistik. Individu ini mengambil berat mengenai pasangan mereka. Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia. Cinta jenis ini juga tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu. Akan tetapi mereka yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya dan sekiranya mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai satu tindakan yang tidak disengajakan.
Mania (Kepunyaan)
Sangat hebat dan obses. Kebanyakan individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka, memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.
Mereka juga suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta, mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta serta sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta. Selain itu mereka sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.
Pragma (Logikal)
Bermakna praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta. Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan.
Ludus (Permainan)
Cinta permainan yang sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri. Individu yang memiliki cinta itu menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi. Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur. Selain itu, mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai
0 comments:
Post a Comment