Followers

Fakta Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki

Monday, May 30, 2011

Wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.
Sebelumnya penyelidik sudah menduga hal ini sejak lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita.

“Perbezaan ini ternyata disebabkan karena wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht, Belanda seperti dilansir Health, Isnin (21 / / 12/2009).
Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkeriput.
Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah maupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sekurang-kurangnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.
Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit. Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkeriput.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.
“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.
Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.
Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan menciut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki. akibatnya, bahagian untuk menopang kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kerutan.
“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.

1 comments:

Solihin Zubir June 1, 2011 at 11:15 AM  

rasa malu baca artikel ni.. sebab ada gambar lucah...

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.