Golongan yang menolak hadith - PART 2
Friday, February 18, 2011
2. Menolak hadith sahih yg dituduh bertentangan dgn aqal atau ilmu pengetahuan
Sebahagian manusia menolak hadith sahih kerana dianggap bertentangan dgn kepastian aqal atau ketetapan ilmu pengetahuan. Ttp sesungguhnya mereka telah silap..kerana sesungguhnya aqal mereka yg sedikit belum tentu benar.
Cacat dan kelemahan mereka ini sempat dirakamkan oleh Al-Allamah As-Syatibi:
Sebahagian manusia menolak hadith sahih kerana dianggap bertentangan dgn kepastian aqal atau ketetapan ilmu pengetahuan. Ttp sesungguhnya mereka telah silap..kerana sesungguhnya aqal mereka yg sedikit belum tentu benar.
Cacat dan kelemahan mereka ini sempat dirakamkan oleh Al-Allamah As-Syatibi:
“Sesungguhnya mereka mengikuti hawa nafsu mereka, tidak mahu mengambil dalil2 agama yg diperlukan dan dijadikan dukungan sehingga mereka boleh berpegang dari darinya. Mereka lebih mendahulukan hawa nafsu mereka dan hanya bersandarkan kpd pendapat2 (nafsu) mereka. Mereka menjadikan dalil2 syariat agama ini hanya sekadar dilihat sudut hawa nafsu itu. Kebanyakan mereka adalah org yg menetapkan baik dan buruk dgn aqal fikiran mereka dan org yg cenderung kpd filosofi dan lain2.
Mereka menolak hadith2 sahih dgn pertimbangan aqal mereka. Mereka berprangsaka buruk terhadap hadith sahih dari Nabi S.A.W dan berprangsaka baik terhadap pendapat mereka yg rosak. Sehingga mereka banyak menolak perkara2 akhirat dan perkara2 besarnya spt sirath (jambatan), timbangan, dikumpulkan jasad manusia, nikmat dan azab fisik. Selain it mereka juga mengingkari penglihatan terhadap Maha Pencipta, dan lain2. Bahkan lebih dari itu, mereka menjadikan aqal sbg pembuat syariat, baik utk hal2 yg telah ditentukan, mereka menyingkap hukum yg telah diputuskan sesuai dgn pandangan aqalnya dan sebagainya.” (Al-I’tisham 2: 176)
Org spt itu mempunyai murid2 yg menyebar luas gagasan mereka, dan merasa bangga dgn aqal logic dan keilmuan mereka. Mereka menolak hadith2 yg berbicara ttg hal ghaib, sam’iyyat spt malaikat, syaitan, alam kubur, hari qiamat dan berita2 mengenai syurga dan neraka. Mereka menyangka bahawa kebenaran perkara2 itu tidak boleh dibuktikan oleh pengetahuan.
Mereka tidak tahu bahawa sesungguhnya manusia hanya mengetahui 3% sahaja dari material yg ada di sekitarnya, sedangkan 97% lagi tidak mereka ketahui. Bahkan ilmu pengetahuan moden menyatakan bahawa walaupun manusia dapat menyingkap bbrp fenomena alam semesta, mengetahui hukum2 planet dan bintang serta bintang2 lainnya, namun dia masih tidak mampu memahami hakikat dirinya sendiri. Ini diakui oleh pemenang hadiah nobel Dr Alexis Karell dlm bukunya Manusia Makhluk Misteri.
Oleh sebab itu, mana mungkin manusia dapat mengungkapkan pelbagai misteri yg lebih besar dari itu, serta menyingkap tirai keghaiban, pada saat itu dia tidak mampu memahami dirinya sendiri?
Sesungguhnya bidang kaian ilmu pengetahuan, sebagaimana disepakati oleh para ilmuwan adalah lebih kepada bersifat material dan boleh dijangkau oleh panca indera manusia, yg boleh dikaji dan diuji. Adapun hal2 selain itu tidak dapat dibenarkan oleh ilmu dan juga tidak dapat dinafikannya keana ia tidak menjadi keistimewaannya.
Cukuplah bagi kita menyatakan sikap utk hal2 yg mungkin ada menurut aqal dgn mempercayainya sesuai dgn berita yg berasal dari wahy yg terjaga dari segala kesalahan, lalu kita mengatakan, “Kami percaya dan kami membenarkannya.”
Mungkin pada hari ini sesuatu yg menurut pandangan ilm spt mustahil, ttp bila sampai waktu tertentu ia menjadi sesuatu kebiasaan. Sesuatu yg mustahil menurut kebiasaan tidak mengharuskan suatu kesimpulan yg mustahil dlm kenyataannya.
Pada zaman sekarang ini, ilmu pengetahuan telah banyak membuktikan bbrp hal yg dahulu dianggap manusia sebagai sesuatu yg mustahil spt perang bintang, sampainya manusia ke bulan, pembuatan computer, revolusi bioteknologi, genetic reengineering dsb.
“…Dan Allah mencipta apa yg kamu tidak mengetahuinya.” (Surah An-Nahl: ayat
Labels:
Hadis
0 comments:
Post a Comment