Followers

Golongan yang menolak hadith - PART 1

Friday, February 18, 2011

1. Menolak hadith sahih kerana dianggap bertentangan dengan Al Quran 

Di antara mereka ada org yg menolak hadith sahih kerana mengikut pandangan mereka hadith itu bertentangan dgn alquran sedangkan apa yg bertentangan dgn alquran dianggap bathil. 

Kelompok mu’tazilah menolak hadith2 ttg syafa’at yg diberikan kepada pelaku dosa besar dgn alas an bahawa sesungguhnya hadith2 tersebut bertentangan dgn ayat2 alquran yg menafikan syafa’at. Pada hakikatnya, alquran hanya menafikan ‘syafa’at kemusyrikan’ yg didakwa oleh org musyrik bagi tuhan2 mereka; yakni suatu syafaat yg terjadi baik berdasarkan izin dari Allah mahupun tidak, sebagaimana yg diyakini oleh org musyrik. 



Pada saat alquran menafikan syafa’at kpd org musyrik, ia menegaskan syafa’at yg lain bagi pengikut tauhid: 
“…Dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kpd org yg diredhai Allah…” (surah al-anbiya’: ayat 28) 

Di samping itu, syafa’at itu tidak akan ada kecuali setelah mendapatkan izin dari Allah: 
“…tiada yg dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya…” (Surah al-baqarah: ayat 255) 

Mu’tazilah juga menolak hadith2 sahih yg menyatakan bahwa kaum mukminin boleh melihat Allah di akhirat kelak kerana kaum mu’tazilah menganggap bahawa hadith2 itu bertentangan dgn firman Allah: 
“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus Lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: ayat 103) 

Kerana sesungguhnya penglihatan mata (menurut mu’tazilah) memerlukan beberapa syarat tertentu yg lazim, maka penglihatan kpd Allah sangat mustahil menurut pandangan akal manusia. 

Sesungguhnya ayat alquran yg dijadikan sandaran oleh kaum mu’tazilah ini sama sekali tidak mendukung pendapat mereka kerana penafian “melihat” (al-idrak) tidak harus menafikan “memandang” (ar-ru’yah); kerana sesungguhnya al-idrak itu adalah memandang dgn sangat memperhatikan objek yg dipandangnya, sehingga melihat (al-idrak) lebih khusus dari pada sekadar memandang (ar-ru’yah). Penafian sesuatu yg lebih khusus tidak harus menafikan sesuatu yg lebih umum. 

ALquran telah menyatakan dgn jelas mengenai melihat terhadap Allah did lm firmanNya: 
“Wajah2 (org mukmin) pada hari itu berseri-seri, kpd tuhannyalah mereka melihat.” (Surah Al-Qiyaamah: ayat 22-23) 

Cukuplah bagi kita hadith2 sahih yg memberikan khabar gembira kpd kaum mukmin bahawa mereka akan dapat melihat tuhan mereka pada hari qiamah spt mereka melihat bulan purnama dgn penglihatan yg sempurna. Tasybih (perumpamaan) di sini adalah utk penglihatan (ru’yah) dan bukan utk sesuatu yg dilihat (al-mar’iy) 

Pada zaman ini, kita masih dpt melihat org yg menolak hadith bukhari dlm sahihnya yg berasal dari Aisyah R.A: 
“Dahulu Nabi S.A.W pernah menyuruhku utk memakai sarung. Kmdn dia dia menyentuhku padahal waktu itu aku sedang haid.” 

Mereka menolak hadith itu kerana dianggap bertentangan dgn ayat alquran: 
“Mereka bertanya kpdmu tentang haid. Katakanlah: Haid itu adalah kotoran. Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidl dan jgnlah kamu mendekati mereka sblm mereka bersuci…” (Surahh AL-baqarah: ayat 222) 

Perkataan “menjauhkan diri” di dlm ayat tersebut ditafsirkan dgn “menjauhkan diri secara mutlak.” Kalau kita meneliti ayat tersebut dgn sebaik2nya, maka akan diketahui bahawa sesuatu yg dilarang utk disentuh ialah bahagia yg kotor dan darah iaitu faraj wanita; sehingga hadithnya tetap sahih.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.