Followers

Bagaimanakah Perjalanan Dari Dunia Fana Ke Alam Akhirat?

Thursday, February 17, 2011

Daripada wawancara langsung Encik Adnan Oktar di Çay TV dan Kahramanmaraş Aksu TV pada 28 Januari 2010
PENYAMPAI: "Sewaktu bangun pada keesokan paginya, saya masih dapat rasakan keasyikan mimpi semalam. Tiada seorang pun pada masa itu yang dapat meyakinkan saya bahawa saya hanya bermimpi. Adakah perjalanan dari dunia fana ke alam akhirat juga sama seperti tersedar daripada mimpi?", soal Tamer Akay dari Gaziantep.

Read more...

Seorang Muslim Bertindak Menurut Prinsip Al-Quran Dan Bukan Prinsip Majoriti

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.

Read more...

21 Pedoman Buat Wanita Mengenali Lelaki

Tuesday, February 15, 2011

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda 

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda. 

Read more...

Panduan Mengenal Lelaki Baik

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya.

Read more...

Dalil Hukuman Rejam

Friday, February 11, 2011


 


Musuh-musuh Islam mengatakan hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesungguhnya, hukuman rejam dengan batu sehingga mati kepada pesalah zina BUKANLAH HANYA terdapat di dalam Islam sahaja. Di dalam sebuah hadith: 

Read more...

Hukum Memakai Wangian

Thursday, February 10, 2011


Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)

Read more...

Syor Malaysia Usul Pakatan Tentera Islam

Wednesday, February 9, 2011

KEKEJAMAN kerajaan Israel terhadap rakyat Gaza adalah sama saja seperti kekejaman kerajaan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua pada 1940 sehingga tamatnya peperangan di Eropah pada Mei 1945.

Pada era itu semua orang Yahudi yang tinggal di seluruh pelosok Eropah dikumpul dan ditempatkan di kawasan khas yang dikawal rapi tentera Jerman yang dikenali sebagai Ghetto. Kawasan Ghetto adalah seperti kem penempatan pelarian, sesetengahnya adalah seperti di kawasan yang terdapat di Gaza sekarang ini. Penduduk di kawasan Ghetto dicatu bahan-bahan asas seperti makanan, air dan elektrik.

Read more...

Reformasi Institusi Ulama Malaysia

Institusi Ulama adalah benteng terakhir umat Islam dulu, kini dan selamanya. Institusi ini diasaskan atas landasan yang dibina sejak zaman kepimpinan agung Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Kewujudannya adalah bagi menjawab segala persoalan dan permasalahan umat yang akan berpanjangan sehingga ke hari kiamat. Pandangan pemikir Islam, Ismail Al-Faruqi terhadap institusi ini ialah " It inspires and moves the Muslim, to change himself, the others, nature and the world". ( Hilmy Bakar Almascaty, 1994. Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. )

Read more...

Susah Sangat ke Untuk Bersatu?

Orang Melayu akan hilang kuasa! Demikianlah nada kebimbangan yang diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh baru-baru ini. Kenyataan itu dibimbangi menjadi realiti sekiranya UMNO dan PAS terus berdegil untuk tidak bersatu, terutamanya selepas piliharaya umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang. Rentetan dari kenyataan tersebut beberapa pemimpin parti yang terlibat turut mula bersuara melalui media massa.

Read more...

Zakir Naik Vs William Cambell - AL QUR AN Vs INJIL ( COMPLETE DEBATE MALAY TRANSLATOR ) Must See....

Monday, February 7, 2011


TEMPAT : 

ISLAM CIRCLE OF AMERICA UTARA, CHICAGO U.S.A.


Menyajikan



DEBAT KRISTOLOGI terseru: AL-QURAN DAN Injil -PENGEHTAHUAN ILMU MENGUPAS.



DIANTARA Dr.William Dari CAMPBELL Pennsylvania, AmerikaSyarikat



DAN



Zakir Naik Dari MUMBAI, INDIA.

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.