Followers

Bagaimanakah Perjalanan Dari Dunia Fana Ke Alam Akhirat?

Thursday, February 17, 2011

Daripada wawancara langsung Encik Adnan Oktar di Çay TV dan Kahramanmaraş Aksu TV pada 28 Januari 2010
PENYAMPAI: "Sewaktu bangun pada keesokan paginya, saya masih dapat rasakan keasyikan mimpi semalam. Tiada seorang pun pada masa itu yang dapat meyakinkan saya bahawa saya hanya bermimpi. Adakah perjalanan dari dunia fana ke alam akhirat juga sama seperti tersedar daripada mimpi?", soal Tamer Akay dari Gaziantep.

ADNAN OKTAR:  Beliau menyatakannya dengan baik. Sudah tentu, mereka akan bangun daripada tidur dan mungkin saja terfikir bahawa mereka berada dalam satu mimpi atau koma. Maksud saya, mereka mungkin merasa tersedar daripada koma, dari satu keadaan uzur kerana sewaktu mula bangun daripada tidur, mereka tidak sedar sepenuhnya. Mereka tertanya-tanya berapa hari yang telah berlalu. Ada yang berkata bahawa telah sepuluh hari berlalu, ada yang menjawab sehari, dan sebahagian yang lain mengatakan hanya setengah hari. Mereka bertindak balas kepada satu panggilan, maksud saya seruan dari kejauhan. Malaikat memanggil-manggil mereka, lalu mereka mula bergerak laju ke arah itu. Hanya pada masa dan di tempat itu mereka sedar bahawa mereka telah mati. Di dalam satu ayat, " Aduhai, celakalah kami!" kata mereka, "Inilah Hari Agama (Pengadilan)." Mereka mengatakan bahawa apa yang telah mereka dengar selama ini adalah benar. Maksud saya, mereka berkata "kita telah mati" dan hanya selepas itu barulah mereka sedar bahawa mereka telah meninggal dunia. Mereka tidak sedar sehinggalah ke waktu itu, dan mereka masih lagi tidak memahaminya. Oleh kerana ia merupakan satu tahap asas, mereka membayangkan bahawa sesuatu pasti telah berlaku. Dalam keadaan separa sedar, mereka cuba memahami perkara yang telah terjadi, di mana mereka berada, kenapa mereka di sana dan seumpamanya... Kemudian jawapan mula terbentuk, dan peringkat-peringkat semakin berkembang. Allah berfirman "akan mendatangkan mereka dengan berlutut." Golongan yang ingkar, yakni mereka yang tidak mempercayai Allah, akan didatangkan dengan berlutut. Allah juga berfirman "akan menghimpunkan mereka dengan diseret atas muka-muka mereka." Itu adalah untuk mengaib dan merendahkan mereka, kerana mereka yang egosentrik, sombong dan angkuh merupakan golongan yang paling sengsara di sana. Mereka yang lupa diri akan menjadi golongan yang paling merana di akhirat, dan tidak berdaya. Ini telah dinyatakan Allah di dalam Al-Quran.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.