Followers

Showing posts with label Bani Tamim. Show all posts
Showing posts with label Bani Tamim. Show all posts

KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN BANI TAMIM

Thursday, April 7, 2011

Berikut adalah rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith dan pandangan ulama’ berkaitan keistimewaan Bani tamim:


1. Rasul amat memuliakan Bani Tamim
2. Rasul mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh mencintai Bani Tamim
5. Abi Hurairah tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim

Read more...

PUTRA BANI TAMIM PERINTIS JALAN IMAM MAHDI

Islam akan kembali Gemilang di Akhir Zaman

Hari ini, bukan sahaja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.

Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami peurbahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.

Read more...

DALIL & PERAKUAN TERHADAP PUTRA BANI TAMIM

Bagi mana-mana pemimpin pun, perakuan terhadap dirinya, peribadinya, perjuangannya, jadual-jadual perjalanannya dan kepemimpinannya oleh Orang Allah amatlah penting dan bermakna, kerana dengan semikian, barulah dapat dipisahkan bahawa dia itu adalah orang pilihan Allah untuk zaman ini. Jika tidak ada perakuan yang demikian, maka terbatallah dakwaannya itu dan dia pun tidak layak untuk diikuti oleh umat Islam. Jika diikut pun, tidaklah sampai ketahap menjadi suatu sunnah atau “mazhab” akhir zaman. Bagi Sahibul Zaman yang terakhir ini, perakuan terhadap dirinya datang daripada beberapa banyak sumber. Berikut ini, kami senaraikan secara serba ringkas perakuan-perakuan tersebut, yang sempat kami kutip dan terima.

Read more...

CIRI-CIRI PUTRA BANI TAMIM

Di antara sifat dan watak Putra Bani Tamim itu seperti yang dinyatakan oleh beberapa buah hadist, cerita para sahabat, para tabiin, para tabiit tabiin, para ulama adalah seperti berikut.

A. Sifat-sifat Pribadinya

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik. Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu? Atau apakah hadist Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.